Penangan baucer buku 1 Malaysia

22:44:00

haiiiii , gaisss . Sebenarnya , dah lama pasai dapat baucer buku nih . tapi baru hari nih berkesempatan nak menulis . sebanaqnya banyak ja kesempatan . aku yang pemalaih sangat . aku prefer blogwalking sana sini dari membebel kat blog sendiri . 


pada petang yang indah ini , baru terasa nak update . hehe . semua dah dapat baucer buku ke ? mestilah dah kan ? sis pun dah , dan dah habiskan . hahahahahahaha . 




beli apa ja dengan baucer tu gais ? terima kasih kerajaan bagi baucer buku . walaupun pada mulanya , apa lah buku nak beli . almaklum lah dah final sem dekat matrik kan . semua buku dah beli haaa masa awal sem hari tu . kalau macam budak uitm ke poli ke , boleh lah nak beli buku untuk sem depan en . ini matrik , habis dah sem aku .nak beli buku untuk degree pun , dah habis expired baucer tuh. 
mungkin pihak pengurusan dah tahu yang student dia tadak buku dah nak beli . ya lah lagi dua minggu ke seminggu tah lagi masa tu nak study week . mesti lah , tak beli buku dah en . jd KMPP pun adakanlah macam jualan buku gitu . 



dari titik itulah , baucer zafirah dihabiskan . tapi tadak lah semua . hanya 100 je habis . jualan buku tu macam okay jugak ahh sebabnya buku fixi 3 - RM 50 . then , murah lah jugak dari kat kedai luar . lol . sebab dah janji dengan adik adik nak beli dengan dia orang baucer tu . so , kena lah simpan sikit . sobs sobs . lagi RM 150 tu beli kat hasani bookstore . 

dan teka berapa buku yang aku berjaya beli dengan RM 250 tu ? kahkah . ada lah dalam 14 buah buku gak ahhhh . memang sepanjang zaman menganggur aku nih ceritanya membaca ajalah . dah habis dah pun 3 buku .

nanti kalau rajin lagi aku buat book riview okay ? kot kot korang pun minat membaca macam aku jugak en ? kay kay chaw gais . 

You Might Also Like

0 budak baik

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .

728 x 90