Resepi puding roti

17:06:00


Asalamualaikum semua , apa khabar ? sihat ? mood rajin memasak masa cuti sem tu tak habis lagi okay! Haha , berat jgn tanya lah kan , dah cuti kerja makan tidoq ja . faham faham ajalah kan apa jd nya . hahaha . so hari nih nak share resepi puding roti . yang saya buat nih tak ada sos kastard okay . makan saja pun dah sedap . hehe



Bahan - bahannya :

Sebungkus roti ( yang besar)
Air masak
Sekotak kismis
4 - 5 biji telur
1/2 tin susu
Butter
Secubit garam

Cara - caranya :

Pukul telur dengan gula dan garam sehingga kembang.
Gaul sebati adunan telur dengan susu dan roti .
Sapukan loyang dengan mentega . susun roti (roti direndam dengan air dan ditoskan) dalam loyang .
Tuang adunan telur tadi ke dalam loyang .
Taburkan mentega(potong sewaktu mentega tengah keras) yang dipotong dadu ke atasnya .
Bakar pada suhu 180’ c selama 30 - 40 minit .
Siap untuk dimakan !

You Might Also Like

2 budak baik

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .

728 x 90