Larian Milo , USM penang #MBD2017

18:58:00



hai , semua . lama betul tak menaip . minggu tersangatlah busy . minggu nih mid term , minggu nih jugak quiz . alahai , minggu nih jugak minggu terakhir untuk persiapan Festival Mahasiswa Pulau Pinang .
Minggu lepas ada join larian Milo , larian milo nih antara acara tahunan rasanya . ramai jugak yang hadir . hampir 6000 orang . memang tak berlari sangat lah sebab terlampau ramai . bayaran yang dikenakan Rm 25 untuk individu . saya daftar under family , seorang rm 11 je . nampak tak penjimatan di situ ?
acara bermula pukul 7 sebenarnya , mengikut apa yang ditulis . tapi saya and the geng memandai , mesti start lambat nih . nah , sekali masa sampai tu orang dah start lari . ape ke lawak sangat en ? nasib baiklah boleh jugak nak berlari lagi en . HAHAHAHA 

ramai yang berlari bawak anak anak , bebudak memang semangat lah kan ? hakak pulak malu sebab dah merah muka . mana tak nya , fikir masa sampai sempat kot makan roti apa dulu . sekali sampai terus lari . hahaha 
selepas larian , diberikan gift sorang satu . bagi saya memang berbaloi lah bayar RM 11 , dan gift apa semua nilai nya saya rasa dalam RM 30 something jugak nih . 


yang paling special semestinya medal nih kan ? comel je tau ! hehe . 

dibekalkan jugak makanan breakfast untuk semua peserta . ada 3 pilihan makanan , kita boleh pilih . pilihannya bihun goreng + epal / sandwich BBQ ayam + epal / muffin + epal , air milo memang main ambik je , dia tak kisah berapa banyak pun . siapa je tak suka milo yang lori tu ? sedap sangat kan ! 



yang saya suka sangat sandwich nih sebab , dia punya ayam . nah seketui mcm ayam percik tu ha . memang puas lah kalau makan . 

ada aktiviti yang dia orang buat , kena lengkapkan semua check point dan boleh tebus tupperware milo . tupperware pun cantik yang kedap udara gitu ha . boleh tengok kat gambar atas . 


maskod sukan Sea , kalau saya tak silap . kalau silap mohon betulkan yer . tengah seronok nak bergambar , tiba - tiba ......


pak cik nih lalu kat belakang bawa ular dia . sebenarnya pakcik nih nak tangkap gambar dia dekat milo punya belon tu . melompat lah lari terkejut sebab tengok ular . ramai jugak yang termenjerit dan pakcik tu decide untuk simpan balik ular dia . 


Dalam ramai ramai nih , rupanya ada jugak rakan blogger yang join . saya dah balik upload gambar , tetiba kak sue comment kata dia pun join . kalau tak dah memang boleh dah haa jumpak kak sue . tadak rezeki en 



nasiblah pada hari kejadian , agak redup . tak panas sangat lah nak melepak lepak atas padang pun . disebabkan redup , gambar dekat fone saya agak gelap . alahai , saya pulak pemalas nak edit . nasib lah . hehehe 


pihak Milo pun ada bagi pisang , memang berbaloi ah masuk larian nih macam macam dapat haaaa . 




masa nak balik tu , tetiba hujan . kelang kelibut semua lari cari tempat nak berteduh . bahagia betul bawak balik macam macam . sehari kemudian merasalah sakit kakinya . KAHKAH





You Might Also Like

9 budak baik

  1. Byr rm11 dpt mcm2 mmg betul2 berbaloi Zaf =P

    ReplyDelete
  2. WAHH, banyak juga hadiah yang dapat tu :D

    ReplyDelete
  3. cantiknya medal, boleh gantung dalam bilik nie :)

    ReplyDelete
  4. Hai, terima kasih atas penyertaan anda untuk Uyul Rosli 1st Giveaway. Tahniah kepada yang telah berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Jika di masa akan datang ada rezeki lebih, Uyul akan adakan lagi Giveaway/Segmen. InshaaAllah.

    ****************************************
    Sila semak senarai pemenang. >>>>>
    Senarai Pemenang | Blonolog Blogger Picisan
    ****************************************

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. berbaloii tu...ishhh dah lama tak join larian camgitu...

    ReplyDelete
  6. wowww, hijau di mana2 �� kira berbaloi sangat tu RM11 ��

    ReplyDelete
  7. Macam bes je larian ni. Rasa mcm nk join sekali

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/04/supplement-terbaik-untuk-lelaki-abad.html

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .

728 x 90