Perginya seorang hamba.

22:23:00

Bismillah .

Selesai urusan pengkebumian tokwan pada hari rabu yang lepas . saya pernah tulis dalam segmen amerzing tentang tokwan saya yang sakit strok sejak 11 tahun yang lalu . selasa , jam 6.28 petang doktor sahkan yang tokwan telah pergi menghadap illahi . penyebab kematiannya ialah sepsis .

perginya tinggalkan kenangan 

Throwback

Ahad , 14 mei . kakak nak balik uni . kakak salam dengan wan . kakak cakap nak selfie dengan wan lah . wan senyum bila kakak bukak camera dekat phone . kakak buat peace , wan pun angkat jugak . tapi , jari wan tak keluar . yang keluar satu je . kakak tahu tak semua anggota tangan wan berfungsi dengan elok . kakak cakap

“ tak apa lah wan , kita senyum je.”

Sempat lah snap dua tiga keping. Wan tanya kakak , bila kakak balik .

“taktau lagi wan , minggu depan kot kakak balik .”

Kakak tau , setiap khamis wan tanya ayah , kakak balik ke tak . kalau kakak lama tak balik mesti ayah cakap . wan tanya tak balik ke .

 hari sabtu malam , mak talifon . Bagitahu tokwan ada dekat hospital. petang tadi tak sedarkan diri masa lepas ayah mandikan . mulanya tokwan demam biasa je . dah bagi panadol . dah kebah sikit tapi demam balik . muntah sikit . ingat sebab effect demam je .

Ahad pagi kakak balik , pergi tengok tokwan. Masa tu tokwan dah memang tak sedarkan diri . kejap kejap tarik . hanya mampu berdoa je . masa nih kakak dah nangis dah , tapi cover sebab dekat dalam wad ramai orang . sebab kesian tengok tokwan macam tu. Wayar dh penuh kat tangan . badan tokwan bengkak . ada darah keluar dari saluran pernafasan . banyak jugak , pekat . hitam . kakak datang , tapi wan tak senyum pun kat kakak macam sebelum nih kakak selalu tengok wan.

Isnin pagi kakak balik , sebab petangnya ada kelas .

Tengah hari selasa, kakak call mak tanya perkembangan tokwan. Mak cakap tokwan dah okay sikit . dah tak guna alat bantuan pernafasan yang mcm ada belon tu . lols . apa ntah nama tak tahu .darah dah tak keluar . tarik pun dah kurang . kakak punya lah happy . mungkin tokwan akan pulih macam dulu balik . atau mungkin masa nih semua benda dah cabut sebab tak boleh buat apa apa kot ? mungkin sebab mak taknak kakak mengamuk nak balik . hahahahaha

Petang , tengah rehat rehat baru balik dari kelas . mak call . mak cakap tokwan dah tadak . kakak macam nak percaya ke tak ntah lah . sebab tadi macam dah okay . kakak cool lagi  wan. tetiba , danish call kakak

“kakak , betul ke tokwan dah tadak ?”

Sebak tetiba . tapi sikit aje . relaks lagi . mandi , solat dan baca yassin . okay , masih okay .

Ayah ambik kakak, waktu maghrib . masa balik okay lagi . sepanjang jalan kakak okay wan . sampai simpang nak masuk rumah , orang dah ramai . semua saudara mara kita dah sampai wan . sampai je depan pintu , selalu tokwan orang first akan senyum dengan lambai kat kakak bila kakak balik sebab tokwan tak boleh bercakap . malam tu , tak ada . sepi . ada katil tokwan selalu tidur kat tengah tengah rumah. wan dah tak bergerak . wan tengah tidur . tidur buat selama - lamanya . ada pakcik tengah baca quran di hujung kepala wan .

Banjir dibuatnya air mata .

Wan , hari nih orang pergi buat sijil kematian wan . semua urusan dah selesai wan .

Hasil carian imej untuk al fatihah

Tenanglah disana wan ,

AL FATIHAH
MD ISHAK BIN OMAR
3 MEI 1943 - 23 MEI 2017


You Might Also Like

3 budak baik

  1. Innalillah hiwainna ilaihi roji'un. Salam takziah, alFatihah

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga di cucuri rahmat ke atas roh wak Zaf.

    ReplyDelete
  3. Innalillah hiwainna ilaihi roji'un. Takziah. Faham sangat apa yang tengah awak rasa sekarang.

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .

728 x 90

tarik penting

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers