Misi beraya sakan 2017.

22:57:00

Hasil carian imej untuk tumblr picture hometown
sumber : google

Bismillah.

Entry kali nih saja nak buat kenangan buat kawan kawan seperjuangan dizaman sekolah dulu.
Siapa pernah duduk sekolah asrama ? yah kita geng! Saya dulu asrama sekolah teknik . kelompok pelajar tak sama macam pelajar SBP ke apa . lain skit perangainya . haha , siapa yang dari sekolah seangkatan mesti tahu macam mana keadaanya. Alhamdulillah , walaupun masa sekolah belajar tak tera mana sekarang masing masing tengah kejar masa depan .



Masa zaman asrama dulu , duduk satu bilik 16 orang . tapi dia punya bising kalah 30 orang . masam muka , terasa hati tu semua adatlah bila duduk ramai ramai kan . sekarang dah besar nih . dah berapa tahun tinggal sekolah . rindu tu haih , tak boleh nak cakaplah .

geng bilik yg sama batch 

Setiap tahun geng bilik saya mesti buat rombongan beraya pergi rumah kawan kawan sekolah . tahun tahun sebelum nih yang join 5 orang je sebabkan kekangan yang wujud . seorang je ada kereta. Tahun nih , masing masing dah besar, parents dah percaya sikit anak anak dia orang drive , kereta dah bertambah . alhamdulillah , ahli pun dah boleh bertambah . tapi tahun nih bilangan rumah tak banyak . sebab tak ramai yang ada kat rumah.

7 buah rumah je yang berjaya pergi beraya . tahun lepas 11 buah rumah. makan macam macam. Semua rumah sesenduk je ambil makanan. Saya balik rumah terus muntah sebab makan banyak sangat . kalau tak makan kang rugi . teringat ingat pulak makanan kat rumah orang kan.

Mula mula berkumpul kat rumah saya, 5 orang je memula tu .


Rumah kedua , rumah atiqah dekat penaga . ada baby comel dekat sini sebab mak dia mengasuh budak . rumah atiqah ada biskut kacang hijau. Sedap ya rabbi.



Lepas tu , ambil wahida dulu dekat tikam batu sebab wahida kampungnya dekat merbok.

Rumah ketiga rumah tengku , makan mee udang . sedap ya tuhannn! Macam nak je tambah , tapi alahai banyak lagi rumah nak pergi.



Keempat singgah rumah aida , aida nih bukan kawan sekolah . kawan uni saya . nasiblah geng raya sakan rajin nak menyinggah rumah aida . sempatlah, jumpak geng uni lagi dua orang . faiz dengan aliff.



Kemudian ke rumah wan, wan nih lah selalu angkut saya kesana kesini bawak berjalan. Maceh! Wan tengah exam tak habis lagi sekarang . kemonlahhh !



Ada yang simpankan perut ke rumah ke 6, sebab awal awal lagi dah tanya menu . buruk en perangai ? hahah . nih rumah budak bilik kita orang jugak . mak dia masak laksa! Sedap ! syazana ni lah paling lama sekali tak pernah jumpa . last sekali masa spm rasanya.



Rumah last rumah junior , sebanarnya ada ja lagi rumah junior yang nak pergi . tapi sebab kita orang style plan last minit . jadi , sorang je junior yang free.

Nadia , junior paling diam sekali dalam bilik .


Kawan kawan saya nih bukannya duduk dekat dekat , dari ipoh pun sanggup turun beraya kat penang . semoga persahabatan ini kekal selamanya.

Yang benar ,
Ketua dorm efisien 1 2014

You Might Also Like

5 budak baik

  1. best kan bila kita mengimbau kenangan balik masa zaman sekolah dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu , rindu zaman muda mudi hehe

      Delete
  2. dari 5 orang membiak jadi ramai. memang betul2 beraya sakan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha , tapi masih tak ckup semua geng hehe

      Delete
  3. bestnye beraya dengan kawan2 kan...

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .

728 x 90

tarik penting

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers